Kek Batik Simple


Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog,dah berabuk..huh..huh..
hehe...qaseh rindu kat korang.hari ni qaseh nak update blog tentang cara buat kek batik yang simple tapi sangat sedap..

Bahan:

  • Telur ayam 4 biji
  • Susu pekat guna 3/4 dari tin
  • milo/coklat
  • margerin/plata guna 1/2 cawan
  • biskut mary 1paket bungkusan
Cara-cara:

  • masukkan margerin/plata guna 1/2 cawan dalam kuali.
  • kemudian masukkan pula,susu pekat guna 3/4 dari tin kacau.
  • Sambil kacau masukkan pula telur dan gaul jangan sampai telur jadi kembang.
  • masukkan milo/coklat ke dalam kuali.
  • kemudian masukkan biskut tu,kacau sampai sebati.tapi jgn sampai hancur tau..
  • tadaaaaa...dah siap...... 

Tips untuk berjaya

     Firstly,sebelum kongsi tips qaseh nak story lah sikit kisah hidup qaseh yang dulu -dulu tue...
Teringat zaman sekolah dulu qaseh lah orang paling slow dan payah nak paham apa yang di ajar oleh guru semasa pembelajaran berlaku.Tapi alhamdulilah....bila time exam setakat nie xpenah lagi dapat keputusan yang teruk cuma dari lambat paham tue yang qaseh akui.Yang silapnya sebab qaseh xfokus maa guru bagi explain tu yg jdi cm tue.Tapi satu je pesan qaseh,belajar lah selagi anda boleh,kerana bila kita ada ilmu pengetahuan orang susah nak ambil kesempatan untuk menipu kita.

Ok, ni step nya... kalau nak berjaya ye kawan -kawan.


  • Ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu kerja.
  • Saling menghormati satu sama lain.
  • Meminta restu ibubapa
  • Solat jangan tinggal
  • Sering berdoa kepada pencipta.
  • Memberi fokus semasa di dalam kelas.
  • Sering buat nota kecil untuk mudah menghafal,memahami,mengingat.
  • Rajin bertanya jika tidak faham.
  • Melakukan ulangkaji sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Study smart dont study hard
  • Study group depend of individu
  • Amalkan pemakanan seperti kismis
  • Banyakkan minum air mineral.
  • Jangan kedekut ilmu.
  • Bangun awal.
  • Tidur awal.




Cara yang sering qaseh amalkan selalu,insyaallah qaseh doakan kita semua pasti berjaya dunia akhirat!!!
*pengalaman mendewasakan kita




DIET YANG SIHAT & SEIMBANG <3 <3 <3
Assalamualaikum... dan selamat pagi.Fuhh...lega  rasa hati nie sebab qaseh baru je tamat latihan industri.Now buku report dan slide daa setel.Just waiting for presant li..huahuhuhuhu......Ok, hari qaseh nak story pasal  diet yang sihat dan seimbang.Maklumlah dengan qaseh sendiri pun kena diet because daa tembam  dan gemuk sangat sangat sangat nih.uhh.Tak sanggup daa dengar orang kata qaseh "tembam & gemuk".OMG!!!


Jadual pemakanan diet yang seimbang untuk 7 hari

 Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)


  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.



weight???omg






Assalamualaikum..hari ini Qaseh nak kongsi kata - kata hikmah, dimana kita semua boleh jadikan ia pengajaran atau semangat dalam kehidupan kita.Sejujurnya, kata hikmah-hikmah ini ada yang Qaseh copy paste dari blog someone tapi pepon harap kata-kata hikmah ini membantu diri saya dan anda dalam menempuh akan hari-hari yang mendatang,hehehehehhh....

  •  Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

  •  Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

  •  Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

  •  Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

  •  Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

  •  Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

  •  Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

  •  Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

  •  Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

  •  Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

  •  Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

  •  Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

  •  Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

  •  Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
  •  Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

  •  Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

  •  Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

  •  Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

  • Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

  • Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

  •  Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

  •  Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

  •  Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

  •  Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

  • "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

  •  "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

  •  Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

  •  Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

  •  "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

  • "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

  •  "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

  •  "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

  • "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

  •  "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

  •  "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

  •  kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

  •  Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  •  Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

  • Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

  • “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

  • “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …



150 Juta - Ainan Tasneem Official MV Karaoke

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...hari nie qaseh nak kongsi lirik lagu 150 juta nyanyian Aina Tasneem.lagu ni ada lah kena mengena sikit-sikit dengan hidup qaseh..hheheheheeheeehe..apa-apa pon korang enjoys layan lagu nie yea.love u olls....


 Lirik Lagu 150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


I Love You